SOALAN LAZIM



1. Apa itu Sahabat KAF?:

  • Ahli yang dibawah umur 35 tahun, boleh memohon sebagai sahabat dan ahli sahabat tidak boleh mengundi dan diundi didalam mesyuarat KAF.
  • Mereka juga diwajibkan menjadi Ahli MBFM selepas menjadi sahabat KAF.
2. Ada ke yuran keahlian? 
Rujukan fasal 6: SUMBER KEWANGAN:

Bayaran masuk dan yuran perlu dijelaskan adalah seperti berikut (Seumur HIDUP);

  • Bayaran masuk sekali saja RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuloh Sahaja)
  • Yuran Seumur Hidup RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuloh Sahaja)



3. Ada syarat-syarat keahlian KAF?
Rujukan fasal 4: KEAHLIAN:

      Keahlian pertubuhan adalah seperti berikut:

a) Ahli Biasa

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 35 tahun keatas
  • Tinggal di luar dan di dalam kawasan FELDA
  • Semua Keturunan
  • Lelaki & Perempuan
  • Semua Agama
  • Terbuka kepada yang bekerja, Bekerja Sendiri atau Tidak Bekerja
  • Anak Peneroka, Menantu, Cucu dan Menantu Cucu serta yang berkaitan dengan Peneroka Felda

b) Ahli Bersekutu

Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa. Ahli Bersekutu tidak dibenarkan memegang jawatan atau mengundi.

c) Ahli Kehormat

Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada kejayaan pertubuhan.

d) Ahli Seumur Hidup

Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran seumur hidup.


4. Apakah SLOGAN?

"KEBERSAMAAN & KEBERSATUAN"







No comments:

Post a Comment